S U K O M 9 8
PENYERTAAN DALAM PROGRAM SUKARELAWAN NADI 98
Keinginan untuk menyertai temasya sukan yang terbesar pernah diadakan di Malaysia, Kuala Lumpur 98 - Sukan Komenwel ke-16 telah mendorong saya menyertai NADI 98. Saya telah diberi tanggungjawab sebagai warden yang bertugas di asrama sukarelawan, yang terletak di Universiti Putra Malaysia. Tugas utama adalah mengendalikan pendaftaran penginapan para sukarelawan, di samping bertindak sebagai kaunter maklumat dan bantuan. Saya bersyukur kerana telah ditemukan dengan beberapa orang rakan setugas yang peramah dan berdedikasi. Kami telah menjalankan tugas dengan penuh semangat dan sepakat. Saya sentiasa mengingati Kapten Ahmad, Ali, Joe, Wati dan Maliki.
Semangat patriotism memuncak ketika menyaksikan upacara gilang-gemilang Perasmian Sukan Komanwel di Stadium National Bukit Jalil pada 11 September, 1998. Saya bangga bergelar rakyat Malaysia kerana Malaysia sesungguhnya mampu bergelar gergasi dalam segala bidang. Malaysia tidak mengecewakan dunia atas pemilihannya sebagai negara ASEAN pertama diberi kepercayaan menganjurkan temasya sukan berprestej tersebut. Kemudahan stadium dan peralatan yang serba canggih adalah komitmen negara menjayakan Sukan Komawel kali ini. Penyertaan 70 buah negara dengan jumlah ahli sukan dan pegawai seramai 6,000 orang telah menjanjikan kemeriahan dan semangat setiakawan negara-negara Komanwel. Saya begitu ghairah melihat semangat perpaduan dan kerjasama yang bertakhta di sanubari warga Malaysia. Cuaca baik pada hari tersebut seolah-olah suatu rahmat yang turut berbangga atas kejayaan negara.
Pencapaian cemerlang dengan 10 pingat emas oleh
para ahli sukan negara menambahkan lagi seri temasya sukan kali ini. Sesungguhnya
keunggulan yang ditunjukkan telah menempatkan Malaysia sebagai tuan rumah terbaik Sukan
Komanwel.. Saya berbangga kerana telah menyumbangkan tenaga dan usaha menjayakan lembaran
bersejarah ini. Malaysia Boleh !!!
KE XV I
FAKTA ASAL
Logo Sukan Kuala Lumpur 98 diilhamkan daripada bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya. Ia menonjolkan warna-warna bendera kebangsaan iaitu merah, biru dan kuning.
Bunga tersebut menjadi pilihan kerana ia banyak didapati di seluruh negara dan ia juga dihargai oleh kebanyakan negara Komanwel.
Kelopak bunga membentuk huruf CG (membawa maksud Sukan Komanwel / Commonwealth Games) dan angka 98 pula mewakili tahun sukan ini diadakan. Kelopak bunga yang berbentuk bulat juga melambangkan simbol sukan.
Debunga kuning mewakili 6 rantau dunia yang meliputi 70 buah negara di Persekutuan Komanwel.
Perkataan-perkataan di bawah grafik tersebut :
KUALA LUMPUR 98
XVI COMMONWEALTH GAMES
Umumnya logo ini menonjolkan satu gambaran yang moden, bersih dan segar mengenai kegigihan dan kesungguhan Malaysia menganjurkan Sukan tersebut.